Thursday, December 15, 2011

Kisah Sel Darah Merah

Assalamualaikum,

Sekadar nak berkongsi cerita tentang ciptaan Allah yang menakjubkan. Terutamanya bagi yang tak pernah/lupa/tak minat Biology :P

Minggu ni, saya mula posting Haematology. Maka kenalah selak semula page-page awal dalam buku teks, nak ingatkan balik tentang perkara-perkara asas yang dah lupa. Bila baca balik, tiba-tiba terasa sangat kagum dengan ciptaan Allah yang bernama 'sel darah merah' (RBC).

Ok, short lecture tentang darah yang mengalir berterusan dalam badan kita. Kalau kita ambik blood tube berisi darah dan gunakan mesin centrifuge untuk putarkan tiub tu dengan sangat laju, darah yang kita nampak merah akan terpisah kepada 3 lapisan. Lapisan atas sekali ialah plasma yang mengandungi segala jenis protein, kemudian ada satu lapisan nipis dipanggil buffy coat yang mengandungi sel darah putih dan platelet, dan di bawah sekali ada lapisan merah yang mengandungi sel darah merah.

http://wiki.uiowa.edu/download/attachments/14222815/plasma.gif

Kali ini, kita cuba fokus pada RBC je.

Tugas utama RBC ni adalah untuk mengambil oxygen dari peparu, dan bawa oxygen ke seluruh bahagian tubuh badan kita. Sekarang saya nak korang semua cuba bayangkan:

Dalam setitik darah kita, ada berjuta-juta RBC. Maksudnya setiap RBC ni memang sangat-sangat lah kecil sampai kita memerlukan mikroskop untuk tengok dia. Dan untuk pengetahuan korang, setiap sel ni mempunyai struktur yang kompleks. Bukan simple-simple je



Cuba kita tengok pula pada struktur SATU sel darah merah. Setiap RBC yang normal berbentuk biconcave disk (dwicekung - seperti gambar di atas), dan sel-sel ini deformable (mudah ubah-bentuk/lentur) untuk memudahkan diorang masuk ke setiap ceruk saluran darah kat badan kita. Keupayaan ini terletak pada keunikan lapisan membran diorang.

http://flipper.diff.org/app/items/info/1197

Agak-agak kompleks tak? Lapisan ni dipanggil lipid bilayer dan yang biru-biru tu ialah protein-protein pelbagai fungsi. Kalau perasan, kat bawah lapisan tu ada cytoskeleton/filamentous protein yang dihubungkan kepada membrane dengan special linkage protein. Ini yang membantu sel ni melentur tanpa hilang bentuk asal dan pecah. Sedikit kerosakan pada protein tu akan menyebabkan masalah besar.

Tak cukup hebat lagi? Hehe. Sekarang kita tengok apa yang ada dalam RBC ni.

http://www.beltina.org/pics/hemoglobin.jpg

Satu RBC mengandungi lebih kurang 270 JUTA haemoglobin (Hb). Hb ialah molekul yang berperanan mengangkut oxygen. 270JUTA! Dalam satu RBC yang tak nampak pakai mata kasar. Dan tak cukup lagi, setiap Hb mengandungi 4 protein chains, dan setiap satunya ada satu haem group yang ada iron molecule untuk pegang molekul oxygen. Bila oxygen diikat pada haem, protein chains akan berubah bentuk untuk pastikan oxygen tidak terlepas.

Kawan-kawan, ni baru sel darah merah, yang TIADA NUKLEUS pun. Belum dikira sel-sel bernukleus yang sudah pasti jauh lebih kompleks daripada RBC. Tak awesome ke tu?

Jadi?

Pada saya, ini sangat cukup untuk membuktikan adanya Tuhan yang mengatur alam sedemikian rupa. Susah banyak (bukan sikit je) nak percaya molekul Hb tu boleh tersusun dengan sendirinya. Susah nak percaya yang lapisan membran tu boleh sebegitu efficient tanpa ada yang membuatnya sedemikian rupa.



Dan ini baru Haematology, belum sistem-sistem lain yang berlambak dalam badan kita. Dan ini baru manusia, belum kira segala macam binatang dan tumbuhan di muka bumi ni. Huuu~~Sebab tu kita selalu dinasihatkan untuk berjalan, tengok, dan fikir. :)

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"  Al-Quran (41:53)


Kesimpulannya, belajar medic memang best. Terutamanya apabila kita boleh pulangkan segala kekaguman kita pada Allah Subhanahu wa Ta'ala. ^__^

0 comments:

Post a Comment